PROGRAM CO-DETERMINATION – KEHARMONIAN PERUSAHAAN BERSAMA INDUSTRI TAHUN 2023

Pada 27/9/2023 ( Rabu ), PACSU Cawangan Kelantan telah menghadiri Program Co-Determination anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan Kelantan di H-Elite Hotel Design Kota Bharu.

Program yang bermula seawal Jam 8.30 pagi telah disertai oleh seramai 3 orang wakil dari PACSU Cawangan Kelantan. Program ini memberikan pendedahan tentang kolaborasi yang sihat di antara majikan dengan pekerja samada dalam Perkhidmatan Awam mahupun Sektor Swasta dan Industri.

Program dimulakan dengan sesi ceramah dan diikuti dengan sesi kerja berkumpulan serta pembentangan kertas kerja. PACSU Cawangan Kelantan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur. Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 4.30 petang.

SETIAUSAHA

PACSU Cawangan Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

,