LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP ) PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN AM.274 SERTA PDRM A1

KELANTAN– Pada 25.10.2023 ( Rabu ), satu Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan secara atas talian (Google Meet ) bertajuk Pengendalian dan Penyelenggaraan Buku Perkhidmatan AM.274 dan PDRM A1. LDP ini dianjurkan oleh Cawangan Rekod Personel, Bukit Aman kepada seluruh warga pentadbiran/ pengurusan Kontinjen Kelantan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian buku perkhidmatan AM.274 dan PDRM A1.

LDP  bagi Daerah Kota Bharu berjalan lancar di Bilik Mesyuarat IPD Kota Bharu, Kelantan bermula jam 0900 pagi hingga 0100 petang. Seramai 32 peserta dari kalangan Pembantu Tadbir Rekod Personel telah hadir mengikuti LDP tersebut bagi daerah Kota Bharu. Tujuan LDP ini diadakan adalah sebagai panduan kepada agensi awam dalam mengurus buku perkhidmatan kerajaan supaya maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan seragam.

Di akhir taklimat ini, peserta akan memahami konsep pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan berdasarkan Pekeliling yang berkuatkuasa. Dapat menyediakan kenyataan perkhidmatan yang betul dengan panduan yang tepat dan seragam. Seterusnya, pendedahan berkaitan dengan contoh-contoh merekod BRP berdasarkan perspektif JPA. Berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain dalam satu medium perbincangan ilmiah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan penjawat awam khususnya dalam PDRM.

HoneyDEW

PACSU Kelantan

#PDRMKelantanCEMERLANG

#CLASS

 

 

 

 

 

 

 

,