ZIARAH KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN KELANTAN KEPADA EN. ZULKIFLEE BIN IBRAHIM

Kelantan – 25.10.2023 (Rabu)   Pengerusi bersama barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan telah mengadakan ziarah prihatin kepada PF/A 2492 Zulkiflee bin Ibrahim yang bertugas di Cawangan Kem Komandan, Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang menjalani pembedahan memasukkan tempurung kepala akibat kemalangan jalanraya pada 20.11.2022 yang lalu. Ziarah prihatin ini telah diadakan di kediaman beliau yang beralamat di Tepi Lorong Haji Seman Kampung Gertak Sagu Kemumin, 16100 Kota Bharu Kelantan.

Untuk makluman, pada 16.10.2023 pihak Hospital Universiti Sains Malaysia telah membuat satu pembedahan untuk memasukkan tempurung ke kepala beliau. Pembedahan telah berjalan dengan lancar.

Tujuan ziarah ini diadakan bagi memberi sokongan moral kepada keluarga dan tanda persahabatan dalam warga PDRM dan ahli-ahli PACSU. Diharapkan semoga beliau diberi kesembuhan seperti sediakala.

Sekian, terima kasih.

Didie Hj. Roslan

#bersatumembantubersamaPACSU

#poliskelantan

#CLASS

 

,