ZIARAH KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN KELANTAN KEPADA EN. KHAIRI FAIZ BIN JAAFAR

Kelantan – 25.10.2023 (Rabu)   Pengerusi bersama barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan telah mengadakan ziarah prihatin kepada PF/24771 Khairi Faiz bin Jaafar yang bertugas di Cawangan Pengangkutan, Bahagian Logistik dan Teknologi , Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, Tumpat Kelantan yang mengalami sakit strok kerana tekanan darah tinggi. Ziarah prihatin ini telah diadakan di kediaman beliau yang beralamat di Taman Guru, Kota Bharu Kelantan.

Keadaan beliau masih lagi terlantar dan memerlukan penjagaan yang rapi dari pihak keluarga terutama isteri beliau. Sumber makanan adalah dari air susu yang disalurkan melalui wayar yang dimasukkan melalui rongga hidung. Sedikit sumbangan dari PACSU Cawangan Kelantan turut diberikan bagi meringankan sedikit beban keluarga beliau.

Tujuan ziarah ini diadakan bagi memberi sokongan moral kepada keluarga dan tanda persahabatan dalam warga PDRM dan ahli-ahli PACSU. Diharapkan semoga beliau diberi kesembuhan seperti sediakala.

Sekian, terima kasih.

Didie Hj. Roslan

#bersatumembantubersamaPACSU

#poliskelantan

#CLASS

 

 

,