PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM BERSAMA KEUA POLIS NEGARA KALI KE-15 TAHUN 2023

Kuala Lumpur, 9 November 2023 – Bersempena Sambutan Peringatan hari Polis Ke-216 Tahun 2023, Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia Bersama Ketua Polis Negara telah diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Seramai 300 orang Pegawai Awam dari semua kontinjen dan formasi seluruh Malaysia telah hadir ke perhimpunan tersebut. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Presiden CUEPACS, Dato’ Dr Hj Adnan bin Mat, barisan Ketua Polis Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah telah dipertanggungjawabkan menjadi penganjur untuk kali ini.

Dalam ucapannya, IG Tan Sri Razarudin bin Husain menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah di bawah kepimpinan CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur serta PACSU atas kerjasama erat bagi merealisasikan perhimpunan tersebut. Jalinan yang erat serta kesepakatan jitu antara warga beruniform dan Pegawai Awam menjadi nadi kelancaran tadbir urus pasukan.

Seramai 100 orang Pegawai Awam yang telah mempamirkan mutu kerja cemerlang telah menerima surat penghargaan daripada IG Tan Sri Razarudin bin Husain.

Syabas dan Tahniah.

,