KEJOHANAN TERTUTUP BADMINTON PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN KELANTAN

Kelantan – 28.10.2023 (Sabtu) – Satu Kejohanan Tertutup Badminton Piala Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan telah diadakan pada 28.10.2023 bertempat di Dewan Badminton Perumahan PDRM Kemumin Pengkalan Chepa. Kejohanan bermula jam 0930 hrs dan berkahir pada jam 1445 hrs. Penyertaan adalah seramai 10 regu lelaki dan 3 regu wanita telah bertanding melibatkan ahli-ahli PACSU seluruh Kontinjen Kelantan.

Johan bagi regu lelaki dimenangi oleh pasangan Luqman bersama Firdaus dari IPK Kelantan dengan membawa pulang medal, hadiah dan wang tunai, naib johan pula dimenangi oleh pasangan Rizal dan Mat Ghani dari IPD Jeli juga membawa pulang medal, hadiah dan juga wang tunai. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasangan Aisar dan Ustaz Lan dari IPD Tumpat juga  membawa pulang medal dan hadiah .

Bagi regu wanita pula tempat pertama digondol oleh pasangan Dilla dan Gee mewakili IPK Kelantan. Turut dibawa pulang adalah medal, hadiah dan wang tunai. Tempat kedua dimenangi oleh Dilla  dan Wan mewakili IPK Kelantan dan juga IPD Pasir Puteh, dengan membawa pulang medal, hadiah dan juga wang tunai. Manakala tempat ketiga digondol oleh pasangan Didie dan Nora dengan membawa pulang medal dan juga hadiah.

Diharapkan dengan adanya kejohanan seperti ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara ahli-ahli PACSU Cawangan Kelantan disamping mengamalkan gaya hidup sihat. Majulah sukan untuk negara dan majulah sukan untuk PACSU.

Sekian, terima kasih.

Didie Hj. Roslan

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

 

 

,