TAKLIMAT KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

 

WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.45 PM

12 Januari 2024 : Bertempat di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1, Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya telah mengadakan pada sesi Taklimat Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam. Kesegeraan diiringi dengan keberkesanan tindakan, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah bertemu dengan wakil-wakil Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan juga wakil-wakil persatuan di bawah Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

“Saya akan sentiasa bersama dengan persatuan dan kesatuan. Ini menjadi tanggungjawab kami di JPA untuk memastikan Kajian SSPA ini menyeluruh, mengangkat semangat kebersamaan dan terangkum melalui satu ekosistem saraan yang komprehensif. “Tidak lupa juga kajian ini akan memberi penekanan kepada kumpulan sokongan bagi menjaga kebajikan keseluruhan”, ucap beliau semasa ucapan aluan. KPPA berharap agar semua penjawat awam bersama-sama dalam kajian SSPA ini kerana hasilnya juga untuk kebaikan generasi akan datang tertakluk kepada kemampuan Kerajaan.

KPPA turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, mantan KPPA ke-26 yang telah mencorak kajian ini di peringkat awal. Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para perwakilan mengenai matlamat, hala tuju, skop serta garis masa pelaksanaan Kajian SSPA yang disampikan oleh YBrs. Dr. Inas Binti Zulkifli Timbalan Pengarah Bhagian Penyelidikan, Perancangan Dan Dasar.

Turut hadir bersama barisan Pegawai Tertinggi PACSU Sdra. Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU), merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS, Sdra. Mohd Fadli Bin Noor (Naib Presiden PACSU) merangkap Timbalan Setiausaha Agung II CUEPACS, Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU) dan Sdra. Syed Ahmad Bin Syed Shahardin (Pegawai Pelajaran PACSU).

WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.52 PM (1) WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.52 PM WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.51 PM (1) WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.48 PM (1) WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.51 PM WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.48 PM WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.47 PM (1) WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.47 PM WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.46 PM (1) WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.46 PM WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.44 PM (1) WhatsApp Image 2024-01-12 at 3.16.44 PM

,