LIBATURUS PACSU BUKIT AMAN SEMASA TAKLIMAT KAJIAN SKIM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) PDRM

9 Januari 2024 – Bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.Timbalan Presiden PACSU, Pengerusi dan Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman telah hadir ke Taklimat Kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) PDRM yang dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) merangkap Timbalan Ketua Projek SSPA PDRM.

417385015_10230753458891282_8575267749108177953_n 418724384_10230753459371294_8592981280519224622_n

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Urusetia Induk SSPA PDRM, YDH SAC Mohd Asri bin Md Akhir, KPP Pengurusan (Perkhidmatan) ini adalah berkaitan dengan penambahbaikan skim saraan bagi pegawai kanan dan pegawai rendah PDRM serta pegawai awam yang berkhidmat di dalam PDRM. Ianya adalah selaras dengan skim saraan yang baharu bagi menggantikan skim saraan yang lama, tahun 2002 sepertimana yang dibentangkan oleh CUEPACS kepada JPA.Di dalam taklimat ini, dimasukkan juga cadangan daripada PACSU iaitu elaun khas bagi pegawai awam yang berkhidmat di dalam Pasukan Polis.

418169223_10230753460051311_198115951877679425_n 418723947_10230753460131313_2578005573395027914_n

418083434_10230753460251316_826967230253655811_n

417902293_10230753458651276_6915907969901376150_n

418234040_10230753459651301_8425828471478041399_n

,