PENYERTAAN DI KEJOHANAN SUKAN CUEPACS ZON TIMUR TERENGGANU 2024 OLEH PACSU CAWANGAN PAHANG

27 Jan 2024 – Bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu telah berlangsungnya Karnival Sukan CUEPACS Zon Timur melibatkan 3 buah Negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. Karnival sukan ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh CUEPACS Malaysia yang bermula pada 26 Januari2024 hingga 28 Januari 2024 dan diadakan bersama – sama dengan Program Solidariti Bersama Presiden CUEPACS MALAYSIA, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat di sebelah malamnya.

Majlis Kejohanan Sukan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden 1 CUEPACS iaitu Saudara Aminuddin Awang.

Turut dihadiri bersama Saudara Roestam Dzahar dan Saudara Mohd Fadli Mohd Noor Naib Presiden PACSU Malaysia merangkap  Timbalan Setiausaha 1 CUEPACSMalaysia.

PACSU Cawangan Pahang telah menghantar seramai 8 orang peserta  dalam kejohanan ini bagi menyertai beberapa acara sukan  yang dipertandingkan iaitu :

  1. Galah Panjang.
  2. Badminton (4 orang) mendapat Naib Johan.
  3. Bola tampar (1 orang) tempat ke-3.
  4. Dart (1 orang) – Naib Johan.
  5. Tendangan Penalti Wanita.
  6. Jaringan Bola Jaring Lelaki (1 orang) – Johan.
  7. Bowling (1 orang) – Naib Johan.

Kejohanan Sukan CUEPACS Zon Timur ini juga telah disertai oleh 54 orang peserta dari lain-lain Kesatuan dalam CUEPACS Negeri Pahang.

#BersatuMembantuBersamaPacsu

#CuepacsDihati

#PerjuanganTanpaHenti

1 2 3 4 5 6

,