KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PACSU CAWANGAN PERLIS

Kangar, 5 Februari 2024 – Ketua Polis Perlis, YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Perlis yang diketuai oleh pengerusinya, Nur Siti Aishah binti Azmi di Bilik Mesyuarat Utama IPK Perlis, jam 3.30 petang.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan hal-hal tadbir urus di samping bertukar-tukar pendapat.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perlis, ACP Azizan bin Tukiman@Hj A. Rahman.

#PolisPerlis

,