MAJLIS HI TEA ‘JALINAN KASIH SATUKAN RASA’ PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 01 Mac 2024 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan Majlis ‘Hi Tea Jalinan Kasih Satukan Rasa’ PACSU Cawangan Perak bertempat di MU Hotel Ipoh, Perak.

Objektif penganjuran majlis seperti ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PACSU Perak keseluruhannya yang telah banyak memberi sokongan dan buah fikiran bagi membina sebuah persatuan yang unggul serta menjadi tulang belakang yang kuat kepada PDRM khususnya.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram. Turut hadir Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri, barisan ahli-ahli jawatankuasa dan juga ahli-ahli PACSU daripada Daerah-Daerah.

,