PROGRAM TURUN PADANG PACSU CAWANGAN PERAK KE IPK PERAK DAN IPD IPOH

IPOH, 16 Februari 2024 – Program telah menutup tirainya yang berakhir di Foyer Surau IPK Perak bersama-sama pegawai awam ahli PACSU daripada IPK Perak dan IPD Ipoh.

Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan diantara barisan kepimpinan PACSU Cawangan Perak dengan ahli-ahli di peringkat daerah. Banyak informasi berkenaan perancangan, aktiviti dan sebagainya telah disampaikan kepada ahli-ahli Pacsu.

Antara permasalahan/isu yang dibincangkan adalah tatakelola tugas, perjawatan, kekurangan fasiliti, arahan semasa, disiplin di tempat kerja dari segi ketepatan masa kehadiran, pakaian, pengurusan kewangan individu dan sebagainya. Ahli-ahli yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan-soalan mengenai permasalahan yang mereka hadapi.

Program diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa.

,