MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 17 Januari 2024 – Bertempat di foyer Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa peringkat cawangan bilangan 1 bagi pembuka tahun 2024.

Mesyuarat ini membincangkan serba sedikit permasalahan yang telah dihadapi pada tahun lalu yang perlu diperbaiki dan ditambah baik. Mesuarat turut membincangkan perancangan-perancangan yang akan di susun atur pada tahun ini. Mesyuarat diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri serta turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

,