PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA BAPA AHLI KELUARGA PACSU NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan, 13 Mei 2024 – Pengerusi PACSU Negeri Sembilan bersama Ahli Jawatankuasa PACSU Negeri Sembilan telah membuat penyerahan Kerusi Roda kepada bapa Ahli PACSU Negeri Sembilan iaitu Sdra Mohamad Azim bin Ariffin di rumah kediaman bapa nya yang terletak di Taman Perwira, Seremban. Kerusi Roda ini diterima dari NGO yang telah diusahakan oleh PACSU Pusat.

Bapa Sdra Mohamad Azim berusia 66 tahun telah menggunakan kerusi roda akibat daripada kemalangan jalanraya sejak tahun 1996.  Semoga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memberi keselesaan kepada bapa Sdra Mohamad Azim.

,