PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (ZUMBA) PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

a7d95425-c931-416a-a2c8-50d8bd561c99BUKIT AMAN 23 Februari 2024 –  Seramai 40 orang ahli PACSU Cawangan Bukit Aman telah bersama-sama menjayakan Program Gaya Hidup Sihat yang diadakan di Dewan PERKEP Bukit Aman. Kali ini PACSU Cawangan Bukit Aman telah memilih Zumba sebagai aktiviti gaya hidup sihat dengan bertemakan kain batik atau kain pelikat. Aktiviti ini diketuai oleh jurutunjuk ( instructor ) yang dijemput khas iaitu ZIN Ijan.

 

Turut hadir pada program ini ialah Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia,Saudara Rohaizad bin Khalil dan ASP Unit Pegawai Awam Bukit Aman, Puan Nurul Huda Binti Mohd Adlan. Program ini berlangsung selama satu jam dan tamat kira-kira jam 4.30 petang.

121a11c5-f720-40b7-8658-88bd37c25060b885674d-e8b9-445a-89ad-db5e7fb20f5d

,