PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN MENYERTAI PERTANDINGAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA 2024

Pulau Pinang, 18 MEI 2024 – PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN telah menyertai Pertandingan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia Bertempat di Sunshine Square Boling, Pulau Pinang. Sebanyak 21 pasukan dari semua Cawangan PACSU telah menyertai pertandingan ini. PACSU CAW NEGERI SEMBILAN telah menghantar 2 pasukan bagi memeriahkan pertandingan. Pengerusi PACSU NEGERI SEMBILAN telah bermain bagi kumpulan VIP. Dalam Pertandingan tersebut, PACSU Negeri Sembilan telah mendapat tempat ke – 5 dan bagi individu lelaki di tempat ke-5 dan ke-10. Manakala Pengerusi PACSU NEGERI SEMBILAN telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori Wanita VIP. Piala pusingan telah dimenangi oleh PACSU Pahang sebagai Juara keseluruhan. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

,