MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN TERENGGANU (2024-2027) KALI KE 59 TAHUN 2024

AGM 2 AGM 3 AGM 4 AGM PACSU 2024

Kuala terengganu : Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Terengganu (2024-2027) Kali Ke-59 Tahun 2024 telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kuala Nerus. Majlis berkenaan  diadakan pada 14 Mei 2024 (Selasa). Majlis ini dihadiri Sdra Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia dan Sdra Syed Ahmad Bin Syed Shahrudin.

Agenda pertama ialah dimulakan Mesyuarat dengan ucapan aluan  oleh Sdra Saufian Bin Ngah, Pengerusi PACSU Cawangan Terengganu dan melantik seorang pencatit minit. Selepas pengesahan Minit Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Terengganu (2021-2024) Kali Ke-58 Tahun 2023 serta Pengumuman Pemilihan Pegawai dan Ahli  Jawatankuasa PACSU Cawangan Terengganu (2024-2027) Kali Ke-59 Tahun 2024 oleh PF/19915 Izzatul Wahida Bt.  Borhannurdin. Semua menang tanpa bertanding.

Perlantikan 5 orang pemeriksa pemeriksa undi dan 2 orang Juruaudit dalam bagi sesi (2024-2027) dan Mesyuarat ditanguh jam 10.20 pagi.

Agenda kedua,dimulakan dengan ucapan oleh Sdra Saufian Bin Ngah, Pengerusi PACSU Cawangan Terengganu dan seterusnyan dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi Bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu dan dihadiri oleh  semua Ketua Jabatan Terengganu dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu pada Majlis berkenaan.

,