PACSU CAWANGAN PERAK MENYERTAI KEJOHANAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2024

Pulau Pinang, 18 Mei 2024 – Bertempat di Aspiration Centre Sunshine Square, Pulau Pinang Pacsu Malaysia telah mengadakan Kejohanan Boling Piala Presiden Pacsu Malaysia Tahun 2024 anjuran Pacsu Cawangan Pulau Pinang selaku tuan rumah pada tahun ini.

Pacsu Cawangan Perak telah menghantar seramai 8 orang peserta bagi mewakili cawangan terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Turut mengiringi pasukan adalah Pengerusi Pacsu Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Pacsu Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan Sdra Muhd Khairul Azhar bin Mohammad Jama selaku pengurus pasukan.

Pada tahun ini johan bagi kategori individu lelaki telah dirangkul oleh En. Amirul Naim bin Ahmad daripada Pacsu Cawangan Pahang dengan jatuhan pin sebanyak 551, kategori individu wanita Pn. Wan Sahaini binti Wan Jaafar daripada Pacsu Cawangan Kuala Lumpur dengan jatuhan pin sebanyak 578 dan johan bagi kategori kumpulan jatuh kepada Pacsu Cawangan Pahang dengan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 2040.

Pacsu Cawangan Perak dengan ini mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Pacsu Cawangan Pulau Pinang kerana menjadi tuan rumah pada tahun ini serta susun atur kejohanan yang sangat baik.

,