Sabtu, 12 Oktober 2024 : PACSU Kedah telah turut sama menjayakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) Santuni Madani JHEKS Kedah, Perlis & Pulau Pinang yang telah diadakan di Komuniti Masjid Nurul Iman, Gulau Sik. Sebanyak 20 kesatuan yang lain terlibat sama dalam menjayakan program ini.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Turut hadir dalam program ini adalah Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS, pegawai-pegawai kanan JHEKS, pegawai Tertinggi CUEPACS serta tetamu jemputan yang lain memeriahkan lagi program ini.
PACSU Kedah telah diamanahkan tanggungjawab untuk mengelola acara Sukaneka Kanak-kanak yang merupakan salah satu aktivti dalam program tersebut.





















