PERWAKILAN TRITAHUNAN PACSU KALI KE 37 (2018-2021) (HARI PERTAMA )

WhatsApp Image 2018-11-12 at 7.01.06 PMKuala Lumpur: Persidangan hari pertama Perwakilan TriTahunan PACSU Kali Ke 37 (2018-2021) telah di adakan di Cempaka Appartment Hotel, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 104 orang Perwakilan dan 10 orang pemerhari dari SPOCSU (Sarawak) dan SPACSU (Sabah) telah  menghadir Persidangan kali ini.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan semasa persidangan adalah :

  1. Perlantikan 5 orang Jawatankuasa Peraturan Tetap;
  2. Pengesahan Minit Persidangan Perwakilan Ke 37 (2016-2018) yang diadakan pada 20 & 21 September 2016;
  3. Memeriksa dan menerima Laporan Dwi Tahunan 2016 – 2018:
  • Laporan Setiausaha Agung; dan
  • Laporan Aktiviti Cawangan.
  1. Menerima dan Meluluskan :
  • Penyata Akaun yang telah diaudit bagi tempoh Laporan Kewangan Tabung Am, Tabung Pelajaran dan Tabung Kebajikan;
  • Laporan Kewangan Tabung Suara PACSU;
  • Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tabung Am; dan
  • Anggaran Pendapatan dan Tabung Suara PACSU;
  1. Membincang dan meluluskan Pemberian Honorarium kepada Pegawai-Pegawai Kanan Kesatuan dan Pegawai-Pegawai Cawangan bagi tempoh 2016-2018;
  2. Perlantikan Dua Orang Juruaudit Dalam;
  3. Perlantikan Kakitangan Di Pejabat PACSU;
  4. Perlantikan Pemegang Amanah;
  5. Perlantikan Jemaah Penimbangtara
  6. Perlantikan 5 orang Pemeriksa Undi;
  7. Membincang Perkara Lain Yang Diberi Notis 7 Hari;
  8. Pengisytiharaan Keputusan Undi Pegawai Kanan PACSU bagi tempoh 2018-2021; dan
  9. Pengisytiharaan Keputusan Pengundian Tabung Aset PACSU .

 

,